Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Monday, October 8, 2012

PANDAK MOHID BIN TOK GEMBIRA KULOP LOKEH

 Oleh Abdul Rahman Hashim
Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulop Lokeh
 Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang
dan Isteri Keduanya, Teh Tiah.
Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulop Lokeh adalah ayahanda kepada 'Haji Yeop Majlis'. Haji Yeop Majlis pula merupakan anak sulong (Yeop) kepada 5 beradik daripada isteri kedua Pandak Mohid, iaitu 'Teh Tiah'. Pandak Mohid juga mempunyai dua lagi anaknya daripada isteri yang pertama. Semuanya berjumlah 7 orang. Berikut ini ialah nama-nama 7 orang anak Pandak Mohid.

Anak Isteri Pertama:
1. Long Kamariah Bt Pandak Mohid (Raub, Pahang)
2. Ngah Mat Taib Bin Pandak Mohid (Raub, Pahang)

Anak Isteri Kedua (Teh Tiah)
1. Yeop Majlis Bin Pandak Mohid (Lambor Kanan, Perak).
2. Khadijah Bt. Pandak Mohid (Tapah, Perak).
3. Ahmad Jerais Bin Pandak Mohid (Kg. Sedangka, Bota, Perak)
4. Mohd. Salleh Bin Pandak Mohid (Kg. Bukit Chupak, Perak)
5. Abdul Halim Bin Pandak Mohid (Tapah, Perak)