Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Sunday, May 29, 2011

CEGHITE KENTUT RUMAH YEOP MAJLIS KAT LAMBO

Naharudin Abdul Rashid, cucu Yeop Majlis 
Dah lama blog ini tidak update, mungkin kesibukan panitianya yg menyebabkan blog rumpun majlis ini tidak dapat menemui seisi keluarga Yeop Majlis. Namun saya percaya pertukaran maklumat keluarga ini dapat dilihat menerusi laman sosial facebook masing-masing. 

Mari kita telusuri bahan sembang/bual yang saya petik daripada facebook Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara yang tersiar hari ini, 29 Mei 2011. Dalam sembang/bual itu Abang Din telah memaparkan kisah kentut yang begitu menyuit hati. Bukan hal kentut sangat yang mencuit, tetapi urutan cerita itu banyak memaparkan watak-watak yang begitu nostalgik untuk diingati, antaranya banyak di kalangan mereka itu yang sudah meninggal dunia.

Kepada keluarga Yeop Majlis, mari kita ikuti kisah kentut rumah Yeop Majlis kat Lambor Kanan...

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara

Ini ceghite kentut D Lambo. Tempat : Ghomah Tuk di Lambo. Malam itu ghomah Lambo itu penuh dengan anak-cucu tok. Malam itu ade mesyuarat nak nubuhkan Syarikat Keluarge Majlis. Pakcik Ya sekeluarge tughun dari Kamahelan - Cameron Highland (oghang Teluk Sagheh, oghang Lambor nyebutnye Kamahelan. Deme juge nyebut Kuale Lumpo itu Klumpo), Pakcik Yan sekeluarge balik daghi Tepen. Paknyah Salleh (ghasenye baghu balik daghi Serawak - aska. Die banyak bawak gambo anak-anak daghe/ emak daghe Iban, ade yang bekemban, ade yang tak bekemban (Lawa dak Yang; kata Pak Nyah Salleh sambil nunjuk gambo itu pade mak keme. Panggilan Yang itu panggilan adik-adik encik pade kakak tue deme; emak keme). Arwah encik (emak keme - keme manggil emak tu encik) tak bagi kume nengoknye). Pak E sekeluarge, Pakyang Bako, opah cik (isteri nombo due tok); dari Teluk Ensen juge ade. Arwah abah dan encik (emak keme) sekeluarge dari elio - Teluk Sagheh. Ayah Cik pun ade. Die baghu kawin; tinggei di Bote.

Lepeh mesyuarat; semue udah ngantuk. Lampu geslin udah dipadam, di ganti dengan lampu cemeni tersangkut di tiang antaghe ghomah tengah dengan ghomah anjung. Yang lelaki ambik tempat di anjung. Mase tu ghomah anjung tu belum selebo sekaghang. Anjung yang beso sekaghang dibuat lame lepeh itu. Kate Pak Jalil tahun 78. Susun papan dindin ghomah anjung dulu tu potong seghong - papan belidah). Tingkapnye pun, jenih tingkap bedaun. Yang tingkap jenih bilah kaca, tu lame lepeh itu.

Abah tak tidur di Lambur – lepas mesyuarat abah balik berbasikal ke Teluk Sarih - bukannye jauh; due batu kelio Lambo. Anak menantu tok yang perempuan - arwah emak aku ambil tempat dekat Opah Cik (isteri nombor due tok). Makcik Sabariah, Wan kecik Ba’i, Makcik Sihah bersapa di ruang tengah.

Tengah malam dah lepeh. Seisi ghomah tu belum lagi tido semuenye. Kalau yang udah tido pun, belum lene betoi. Kume; anak-cucu tok yang kecik-kecik udah lene belake di seghambi. Ade yang kain selimut terselak hingge ke dade - teboge ponggongnye. Ade yang kainnye membungkuih muke. Yang soghang nyelapak soghang yang lain - udah entah beghape kali beghalih, entah ! Ade yang mengonyah-ngonyah gigi - mengeghenyit-ngeghenyit bunyinye.

Paknyah Salleh sesekali nyampuk sayup-sayup bualan Pakcik Asin dengan Pakcik Yan yang sesekali ngekek-ngekek, nahan ketawe tak lepeh. Pakacik Asin dengan bighehnye; Pakcik Yan tu memang sesuei beno. Deme tu menantu tok. Pakcik Asin; isteghinye Wan kecik. Pakcik Yan; isteghi die Makcik Abei

Suasane makin sepi, senyap, tenang dan sayu. Sesekali tedengo sayup-sayup bunyi bughung jampuk di pohon ciku tepi ghomah berselang-seli sayup-sayup bunyi bughrung tukang daghi kampung sebeghang; mengerutup, menukang ghomah yang tak ponah siap. . Dan beolele le pesta itu. ...

... Tak tahule, entah sape yang mulakannye. "Ha; dah mule, dah... !" Getus Opah Cik. Ghope-ghopenye Opah Cik belum tidur lagi; die masih bersembang – ngok-ngek, ngok-ngek entah ape-ape dengan encik.

…"Laailahaillallaah !!" kata Opah Cik. Tak tahuleh; agaknye gulai nangke mude mase makan sebelum mesyuarat lepeh Isya tadi dah mole ngumpoi angin dalam usus masing-masing.

"Tuuut !!"
"Tut !"
"Tit ?"
"Piiit !!!?"
“Pooot !!!
"BOOOT !!."
"Laailahaillallaah, kuatnyee !!!" kate opahcik.

Entah sape le yang punye tu. Mengkalu ikut jegelenye, yang bunyi "Piiit !!!?" itu Pak Nyah Salleh le, tu. Yang "Pooot !!!", tu ? Ha, itu Pak Cik Ya.

"BOOOT !!!” – macam bunyi serombong kapei pecah hingge teghase bergego lantei papan ghomah itu ? Pak E le, tu.

Yang lain-lain tu entah sape, le; antaghe Pakacik Asin, Pakyang Bako atau Pakcik Yan. Ayahcik ghasenye bukan.

Semue watak yang disebutkan itu; kecuali Wan Kecik Ba’i, Pak Cik Asin dan Pak Cik Ya udah arwah belake. Pak Cik Ya baghu nyambut hari jadinye yang ke 76 baghu-baghu ini. Selamat hari jadi Pak Cik semoge kekal sihat dan dapat terus beramal ibadat. Amin.

1 comment:

  1. Gembira teman surfing laman ni..
    dapat tengok ahli2 keluarga besar begini..
    dari keturunan Allahyarham Yeop Majlis shj,
    kalaulh dpt d kumpulkan kesemua kturunan 7 beradik,akan lebih meriah lagi..

    FYI saya cucu kpd Khadijah bt Pandak Mohid,
    bapa saya Hairul Aman b Yeop Ibrahim (Lambo)..
    sempat saya bsama Allahyarham smasa di Kg Kinjang C'riang dan FELDA Sg Klah dlm kuliahnya
    Beliau jatuh sakit ktika sampai di rumah bapa saya utk kuliah bulanan dan d bawa pulang ke lambor shgga akhir hayatnya ..

    Stiap kali dtg ke Sg Klah saya di tugaskn membawa opah Shamsiah manakala abah bawa Tok dgn moto Vespa saya. Lepas kt Sg Klah die akan ke Trolak Utara dan Pusat Latihan FELDA Trolak sebelum balik. Sempat die dtg ke pejabat saya dan kerumah bujang saya tika itu. Pastu seingat saya die akan ke Malim Nawar. Memang hapening sungguh la datuk sedara saya ni dan sgt membanggakn diri saya sendiri.

    Smoga hasrat utk menyatukan keturunan Toh Gumbira akan tercapai utk rujukan anak2 cucu di masa2 akn dtg..insyaAllah

    Pada masa ini hubungn sya dgn Pak Ya di Selayang mmg fresh. Di Kuantan saya berpluang bjumpa dgn Pak Awi anak Tok Ahmad Jerais, peneroka FELDA Sg Pancing Utara. No fon die 09 5496196 n 019 3742596. Saya kini berkhidmat ngn FELDA di Akademi Latihan FELDA Bukit Goh Kuantan Phg DM.

    Arwah Pak Yang Bakar dulu sgt rapat ngn saya sbb isteri saya juga anak saudara arwah isteri die. Opah Shamsiah telah mainkn peranan besar menemukn jodoh saya..mmg sya sgt rapat dgn dgn opah Shamsiah hgga akhir hayatnyer..

    Terima kasih krn sudi mbaca tulisan saya..
    FYI Facebook saya Ahmad Sani Hairul Aman. Ssiapa pun bole add saya, Fon 019 9324094 ...salam

    ReplyDelete