Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Sunday, November 13, 2011

MENGENANG 32 TAHUN KEPERGIAN ALMARHUM TOK YEOP MAJLIS

Tribute Kenangan dari seorang cucu Yeop Majlis, Naharrashid.

Daghi jauh arwah encik (emak keme) udah tau itu tok. Arwah encik cam beno bunyi honda tok. Entah macam mane, entah - caghe tok mawak honda (muleh (memulas) minyak ?) dan stendet lajunye, nyebabkan bunyi khas - itu bunyi honda tok. Arwah encik memang kenei beno leh, itu tok.

Tak lama, ade oghang balik daghi kedei (Teluk Saghih) melinteh depan ghomah keme - dan ngabokan : "Tuan aji Yop Menjelih dah kulu; ngelebang je eko sobannye." katanye. "Ye.. ye .. terime kasih le !!" saut encik. Sebenonye encik pun udah nampak mase tok kulu tadi - mencuat aje eko sobannya menonyoh-nonyoh, mukoi muke opah cik yang tebonok di belakang tok. Ate ghomeh keme tu dengan jalan batu misahkannye, ban dengan due petak bendang je - dekat beno. Nampak keghete sape, moto ke, beh ke kulu keyo.

Lewat petang aghi tu sampei le Pak Hin ke, Pak Min atau Pak Hon bebasikei kelyo; magi tau : "Mak Acik ade dulu (di hulu)." katanye.

Mun kalu tak petang itu, pagi esoknye; encik akan kulu. Encik akan tido dengan opah cik di bilik (seghambi) belah kighi ghomah Lambo, tu. Lepeh Maghrib sambil nunggu Isya, Opah Cik dengan encik beceghite ngok-ngik, ngok-ngik anak beghanak.

dinbatubara

Thursday, November 10, 2011

YEOP MAJLIS (1901-1979), 32 TAHUN KEPERGIANNYA DI SISI ALLAH.

Oleh Abdul Rahman Hashim



ALFATIHAH.......hari ini 10 November 2011, genap 32 tahun Allahyarham Yeop Majlis kembali ke rahmatullah. Allahyarham telah pergi meninggalkan isteri-isteri, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya pada tanggal 10 November 1979 ketika berusia 78 tahun. 

Kepergiannya merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada setiap insan yang pernah menimba ilmu dan memanfaatkan ilmu yang ditinggalkan selama kembara beliau ke ceruk pelusuk masjid, surau dan juga madrasah di seluruh negeri Perak pada masa hayatnya.

Jenazah ulamak terkemuka ini telah disemadikan buat selama-lamanya di tanah perkuburan Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak. Kepada sanak saudara sekelian, marilah kita sedekahkannya dengan ummul kitab Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa mendapat rahmat Allah azza wajalla.

Tuesday, November 8, 2011

DEMI ALLAH! AKU TAK PERNAH NAMPAK IBU BERBOHONG!!

Petikan dari dinding facebook Jamil Majlis, bertarikh 2 November 2011.
Ku titipkan coretan Naharrashid @ dinbatubara, cucu Yeop Majlis ini, untuk bacaan bersama ... mengusik rasa..
Kira-kira tiga puluh lima tahun dahulu – Lepas SPM; aku mula bekerja di Kuala Lumpur. Pelepas rindu ke kampung adalah surat Setiap suratku dibalas ibu. Aku gunting-cermat sampul-surat ibu. Ibu bahasakan diri bonda-anakanda. Setelah mencoret doa agar aku sihat, dan menceritakan kesihatan ayah dan ibu sendiri, tentang abang dan adik-adik; ibu pun beritahu; bingkisanku telah selamat diterima. Wang ala kadar dapatlah ayah bayarkan hutang di kedai Wak Zari. Adik-adik pula suka benar dengan buku dan majalah terbaru yang kukirim. Ibu ucap terima kasih. Sebak rasa hati untuk terima kata terima kasih dari ibu.
Zainon Yeop Majlis (Berdiri di tengah), bonda kepada Naharrashid
Ibu tulis lagi; sudah dua minggu matahari tidak terbit. Hujan – kadang-kadang pagi; kadang-kadang petang. Ada kalanya sepanjang hari. Ayah dan abang tidak dapat menoreh – batang getah basah. Dalam warkah lain ibu cerita; air sungai melimpah. Padi yang baharu menguning, tenggelam-masam dek banjir.
Surat musim kemarau pula; ibu beritahu : Daun getah kuning dan luruh. Ayah tidak menoreh – susu tak ada. Atau, ibu akan tulis : Pokok getah sedang berpucuk-muda. Dalam dua minggu lagi baru ayah boleh menoreh. Insyaallah; susu akan bertambahlah sedikit; kata ibu.
Kemarau menyebabkan air sungai surut dan cetek. Orang kampung tua-muda turun ke sungai, mengutip remis; boleh buat masak lemak. Ada sebesen kira-kira dua gantang yang dikutip abang semalam sedang direndam dalam 'periuk genting' di dapur (remis ditrendam semalaman supaya pasir-pasir yang tersimpan dalam cengkerangnya dimuntahkan). Ibu tulis itu, ikut gaya bahasa ibu.
Iya; hujan dan kemarau; petaka yang amat mencekik kehidupan kami; dan warga sekampung. Bila ia tiba; anak ayam yang baru belajar berkokok pun; atau telor, tidak sempat diramkan – semua dijual. Ah Chong bermotorsikal dari Tanjung Tualang datang keliling-keliling kampung beli apa saja – anak ayam yang baru sebesar genggaman tangan, angsa, telor, bapa itek; semua dia terima. Semua itu untuk secupak-dua beras, lapan tahil gula, empat tahil minyak kelapa dan sekeping-dua anak tamban masin.
Ibu tulis semua itu. Ibu ambil bahagian tengah buku latihan adik. Selalunya dua helai. Kadang-kala ibu tulis dalam tulisan jawi.
Rindunya pada coretan ibu. Bagi aku, ibu bukan tulis surat. Tetapi bercerita - warkah ibu yang kadang-kala ada bau minyak tanah. Dan pernah ada kesan tumpuk tumpahan minyak tanah dan kesan corengan arang dari sumbu pelita, pada helaian warkah ibu – pastilah ibu menulis di waktu malam.
Selalu juga tulisan ibu sukar dibaca kerana terlalu banyak kesan dipadam – adakalanya hingga terkoyak tempat yang dipadam, apabila ibu tulis dengan 'pen kaban' (pena mata bulat). Namun tulisan rumi, tulisan tangan ibu, bagiku amat cantik – bukti ibu pernah masuk sekolah sebelum perang Jepun. Dan aku yakin bakat bercerita ibu turun kepada adik perempuan ku; Am, yang telah banyak menghasilkan novel.
Suatu ketika aku menyimpan cermat semua surat ibu - surat bersampul surat cap kapal terbang berlakar biru merah sekeliling sampul. Sayang, surat itu hilang entah bila; mungkin tatkala isteri atau anak-anakku mengemas bilik bacaan di rumah kami. Namun ingatan kepada ibu tetap terpahat-kuat di hati; bagai baru semalam aku terima warkah ibu; meski sudah dua puluh tahun lima tahun lebih ibu pergi. Alfatihah.
Notakaki : Demi Allah. aku tidak pernah nampak ibu berbohong. Aku malah tidak pernah merasakan/terfikir ibu berbohong.


Sunday, May 29, 2011

TERHARU..LAMBAIAN SEORANG CUCU KHADIJAH PANDAK MOHID TERHADAP KELUARGA YEOP MAJLIS

Saudara kita..Ahmad Sani Bin Hairul Aman, cucu Khadijah Bte Pandak Mohid
Terharu rasanya, apabila saya membaca komen yang diberikan oleh Ahmad Sani Bin Hairul Aman yang kini bertugas di Akademi Latihan FELDA Bukit Goh Kuantan, Pahang. Ahmad Sani ialah cucu kepada Khadijah Bt Pandak Mohid, iaitu adinda kepada Almarhum Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid.
Beliau turut melayari blog rumpunmajlis ini lalu terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam ruangan komen di bawah artikel 'Ceghite Kentut Di rumah Yeop Majlis di Lambor' . Beliau juga turut memberikan komen di dalam laman facebooknya. 
Di bawah ini, saya perturunkan semua komen yang telah beliau coretkan di dalam blog ini. Mudah-mudahan jurang yang jauh ini dapat dipertautkan demi untuk silaturrahim keluarga Yeop Majlis.
Petikan Komen Ahmad Sani Bin Hairul Aman:  
Gembira teman surfing laman ni.. dapat tengok ahli2 keluarga besar begini.. dari keturunan Allahyarham Yeop Majlis shj, kalaulh dpt d kumpulkan kesemua kturunan 7 beradik,akan lebih meriah lagi.. FYI saya cucu kpd Khadijah bt Pandak Mohid, bapa saya Hairul Aman b Yeop Ibrahim (Lambo).. sempat saya bsama Allahyarham smasa di Kg Kinjang C'riang dan FELDA Sg Klah dlm kuliahnya Beliau jatuh sakit ktika sampai di rumah bapa saya utk kuliah bulanan dan d bawa pulang ke lambor shgga akhir hayatnya .. 
Stiap kali dtg ke Sg Klah saya di tugaskn membawa opah Shamsiah manakala abah bawa Tok dgn moto Vespa saya. Lepas kt Sg Klah die akan ke Trolak Utara dan Pusat Latihan FELDA Trolak sebelum balik. Sempat die dtg ke pejabat saya dan kerumah bujang saya tika itu. 
Pastu seingat saya die akan ke Malim Nawar. Memang hapening sungguh la datuk sedara saya ni dan sgt membanggakn diri saya sendiri. Smoga hasrat utk menyatukan keturunan Toh Gumbira akan tercapai utk rujukan anak2 cucu di masa2 akn dtg..insyaAllah Pada masa ini hubungn sya dgn Pak Ya di Selayang mmg fresh. 
Di Kuantan saya berpluang bjumpa dgn Pak Awi anak Tok Ahmad Jerais, peneroka FELDA Sg Pancing Utara. No fon die 09 5496196 n 019 3742596. Saya kini berkhidmat ngn FELDA di Akademi Latihan FELDA Bukit Goh Kuantan Phg DM. Arwah Pak Yang Bakar dulu sgt rapat ngn saya sbb isteri saya juga anak saudara arwah isteri die.    
Opah Shamsiah telah mainkn peranan besar menemukn jodoh saya..mmg sya sgt rapat dgn dgn opah Shamsiah hgga akhir hayatnyer.. Terima kasih krn sudi mbaca tulisan saya.. FYI Facebook saya Ahmad Sani Hairul Aman. Ssiapa pun bole add saya, Fon 019 9324094 ...salam

CEGHITE KENTUT RUMAH YEOP MAJLIS KAT LAMBO

Naharudin Abdul Rashid, cucu Yeop Majlis 
Dah lama blog ini tidak update, mungkin kesibukan panitianya yg menyebabkan blog rumpun majlis ini tidak dapat menemui seisi keluarga Yeop Majlis. Namun saya percaya pertukaran maklumat keluarga ini dapat dilihat menerusi laman sosial facebook masing-masing. 

Mari kita telusuri bahan sembang/bual yang saya petik daripada facebook Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara yang tersiar hari ini, 29 Mei 2011. Dalam sembang/bual itu Abang Din telah memaparkan kisah kentut yang begitu menyuit hati. Bukan hal kentut sangat yang mencuit, tetapi urutan cerita itu banyak memaparkan watak-watak yang begitu nostalgik untuk diingati, antaranya banyak di kalangan mereka itu yang sudah meninggal dunia.

Kepada keluarga Yeop Majlis, mari kita ikuti kisah kentut rumah Yeop Majlis kat Lambor Kanan...

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara

Ini ceghite kentut D Lambo. Tempat : Ghomah Tuk di Lambo. Malam itu ghomah Lambo itu penuh dengan anak-cucu tok. Malam itu ade mesyuarat nak nubuhkan Syarikat Keluarge Majlis. Pakcik Ya sekeluarge tughun dari Kamahelan - Cameron Highland (oghang Teluk Sagheh, oghang Lambor nyebutnye Kamahelan. Deme juge nyebut Kuale Lumpo itu Klumpo), Pakcik Yan sekeluarge balik daghi Tepen. Paknyah Salleh (ghasenye baghu balik daghi Serawak - aska. Die banyak bawak gambo anak-anak daghe/ emak daghe Iban, ade yang bekemban, ade yang tak bekemban (Lawa dak Yang; kata Pak Nyah Salleh sambil nunjuk gambo itu pade mak keme. Panggilan Yang itu panggilan adik-adik encik pade kakak tue deme; emak keme). Arwah encik (emak keme - keme manggil emak tu encik) tak bagi kume nengoknye). Pak E sekeluarge, Pakyang Bako, opah cik (isteri nombo due tok); dari Teluk Ensen juge ade. Arwah abah dan encik (emak keme) sekeluarge dari elio - Teluk Sagheh. Ayah Cik pun ade. Die baghu kawin; tinggei di Bote.

Lepeh mesyuarat; semue udah ngantuk. Lampu geslin udah dipadam, di ganti dengan lampu cemeni tersangkut di tiang antaghe ghomah tengah dengan ghomah anjung. Yang lelaki ambik tempat di anjung. Mase tu ghomah anjung tu belum selebo sekaghang. Anjung yang beso sekaghang dibuat lame lepeh itu. Kate Pak Jalil tahun 78. Susun papan dindin ghomah anjung dulu tu potong seghong - papan belidah). Tingkapnye pun, jenih tingkap bedaun. Yang tingkap jenih bilah kaca, tu lame lepeh itu.

Abah tak tidur di Lambur – lepas mesyuarat abah balik berbasikal ke Teluk Sarih - bukannye jauh; due batu kelio Lambo. Anak menantu tok yang perempuan - arwah emak aku ambil tempat dekat Opah Cik (isteri nombor due tok). Makcik Sabariah, Wan kecik Ba’i, Makcik Sihah bersapa di ruang tengah.

Tengah malam dah lepeh. Seisi ghomah tu belum lagi tido semuenye. Kalau yang udah tido pun, belum lene betoi. Kume; anak-cucu tok yang kecik-kecik udah lene belake di seghambi. Ade yang kain selimut terselak hingge ke dade - teboge ponggongnye. Ade yang kainnye membungkuih muke. Yang soghang nyelapak soghang yang lain - udah entah beghape kali beghalih, entah ! Ade yang mengonyah-ngonyah gigi - mengeghenyit-ngeghenyit bunyinye.

Paknyah Salleh sesekali nyampuk sayup-sayup bualan Pakcik Asin dengan Pakcik Yan yang sesekali ngekek-ngekek, nahan ketawe tak lepeh. Pakacik Asin dengan bighehnye; Pakcik Yan tu memang sesuei beno. Deme tu menantu tok. Pakcik Asin; isteghinye Wan kecik. Pakcik Yan; isteghi die Makcik Abei

Suasane makin sepi, senyap, tenang dan sayu. Sesekali tedengo sayup-sayup bunyi bughung jampuk di pohon ciku tepi ghomah berselang-seli sayup-sayup bunyi bughrung tukang daghi kampung sebeghang; mengerutup, menukang ghomah yang tak ponah siap. . Dan beolele le pesta itu. ...

... Tak tahule, entah sape yang mulakannye. "Ha; dah mule, dah... !" Getus Opah Cik. Ghope-ghopenye Opah Cik belum tidur lagi; die masih bersembang – ngok-ngek, ngok-ngek entah ape-ape dengan encik.

…"Laailahaillallaah !!" kata Opah Cik. Tak tahuleh; agaknye gulai nangke mude mase makan sebelum mesyuarat lepeh Isya tadi dah mole ngumpoi angin dalam usus masing-masing.

"Tuuut !!"
"Tut !"
"Tit ?"
"Piiit !!!?"
“Pooot !!!
"BOOOT !!."
"Laailahaillallaah, kuatnyee !!!" kate opahcik.

Entah sape le yang punye tu. Mengkalu ikut jegelenye, yang bunyi "Piiit !!!?" itu Pak Nyah Salleh le, tu. Yang "Pooot !!!", tu ? Ha, itu Pak Cik Ya.

"BOOOT !!!” – macam bunyi serombong kapei pecah hingge teghase bergego lantei papan ghomah itu ? Pak E le, tu.

Yang lain-lain tu entah sape, le; antaghe Pakacik Asin, Pakyang Bako atau Pakcik Yan. Ayahcik ghasenye bukan.

Semue watak yang disebutkan itu; kecuali Wan Kecik Ba’i, Pak Cik Asin dan Pak Cik Ya udah arwah belake. Pak Cik Ya baghu nyambut hari jadinye yang ke 76 baghu-baghu ini. Selamat hari jadi Pak Cik semoge kekal sihat dan dapat terus beramal ibadat. Amin.