Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Sunday, December 5, 2010

MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA YEOP MAJLIS (PKYM)

Oleh Abdul Rahman Hashim (emel: rumpunmajlis@gmail.com)

 Walaupun peristiwa bersejarah Perhimpunan Keluarga Yeop Majlis yang diadakan pada 24 Februari 2002 itu sudah berlalu, namun bagi seisi keluarga Yeop Majlis ianya tetap menjadi ingatan segar hingga ke hari ini. Saya paparkan gambar-gambar yang diperolehi dari koleksi saya sendiri dan juga dari koleksi Pak hun menerusi facebooknya sebagai suatu kenangan yang sungguh nostalgik, dimana perhimpunan tersebut begitu berjaya mengeratkan hubungan dan ikatan kekeluargaan empayar Yeop Majlis.

Di bahagian bawah koleksi gambar-gambar ini, saya paparkan juga 'Minit Mesyuarat Penubuhan Persatuan Keluarga Yeop Majlis (KPYM)' yang dibuat sempena Perhimpunan tersebut. Semoga maklumat-maklumat ini dapat dijadikan rujukan untuk seisi keluarga.


KOLEKSI GAMBAR PERHIMPUNAN KELUARGA YEOP MAJLIS
 















 LIPUTAN BERITA YANG DIBUAT OLEH MAJALAH ANIS
 KELUARAN BULAN APRIL 2002







MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
PERSATUAN KELUARGA YEOP MAJLIS (PKYM)

Tarikh:
Hari Ahad, 24 Februari, 2002
Masa: 10.00 pagi
Tempat:
Di Dewan Peladang, Kg. Baru Air Hitam,
Teluk Intan, Perak Darul Ridzwan.

KEHADIRAN:
1.       Tuan Haji Yahya Bin Hj. Yeop Majlis
2.       Dato’ Ahamed Hambal Bin Hj Yeop Majlis
3.       Haji Abu Bakar Bin Haji Yeop Majlis
4.       Hajah Arbaayah Bt Hj Yeop Majlis
5.       Mohd. Ali Bin Hj Yeop Majlis
6.       Asma Bt Hj Yeop Majlis
7.       Profesor Dr. Burhanuddin Bin Hj Yeop Majlis
8.       Abdul Rahim Bin Hj Yeop Majlis
9.       Salihun Bin Hj Yeop Majlis
10.   Mohd. Jamil Bin Hj Yeop Majlis
11.   Jamaluddin Bin Hj Yeop Majlis
12.   Jalaluddin Bin Hj Yeop Majlis
13.   Abd. Jalil Bin Hj Yeop Majlis
14.   Khalili Bin Hj Yeop Majlis
15.   Hasmiah (Balu Mohd. Nasir Yeop Majlis)
16.   Hjh Masnun Musda Bt Munir
17.   Mohd. Safian Bin Mat Taha (Suami Sabariah Yeop Majlis)
18.   Datin Zainab
19.   Enzah @ Zaleha Bt Hashim (Balu Mohd. Daud Yeop Majlis)
20.   Hj Hashim Bin Ismail
21.   Noridah
22.   Maznah
23.   Norashila
24.   Zaniah Bt Omar
25.   Siti Noraishah Bt Maatan
26.   Che’ Azizun
27.   Mohd. Shulti Abdul Rashid
28.   Zubir Abdul Rashid
29.   Naharudin Abdul Rashid
30.   Suhairi Bt Mat Ludin
31.   Khadijah Bt Abdul Rashid
32.   Abidin
33.   Ramlah Bt Abdul Rashid
34.   Azli Sham
35.   Hjh Safiah Bt Mohd. Nasir
36.   Hj Hosni Bin Bardan
37.   Zaliha Bt Mohd. Nasir
38.   Yahya Bin Mohd. Salleh
39.   Ismail Bin Mohd. Nasir
40.   Nor Azimah Bt Noor Aris
41.   Ruzita Bt Mohd. Nasir
42.   Adnan Abdul Wahab
43.   Khairul Azam Bin Mohd. Nasir
44.   Rafidah Bt Mohd. Kasan
45.   Mas Hanum Bt Mohd. Nasir
46.   Nazri Bin Ramlan
47.   Muzamir Bin Mohd. Nasir
48.   Nor Yanty Bt Mat Ahan
49.   Amir Bin Yahya
50.   Rohayah Bt Muhamed
51.   Hazman Bin Yahya
52.   Noriah Bt Mohd. Said
53.   Yati Bt Yahya
54.   Yusri
55.   Atiqah Bt Yahya
56.   Abdul Khalim Bin Bakin
57.   Mahadi bin Yahya
58.   Norazizah Bt Daud
59.   Asyraf Bin Yahya
60.   Norfazilah Bt Muhammad
61.   Sabrun Jamil Bin Yahya
62.   Nazmi Lail Bin Yahya
63.   Norhayati Mohd. Sapian
64.   Sharifah @ Edah Mohd. Safian
65.   Ruhaiza Mohd. Sapian
66.   Rohaya Mohd. Sapian
67.   Mohd. Yazid
68.   Kamal Ariffin Mohd. Sapian
69.   Wan Fatimah
70.   Muhamad Maulid Mohd. Sapian
71.   Hisham Dato’ Ahamed Hambal
72.   Farizah Bt Ahmad Fakhrul Razi
73.   Anilah Dato’ Ahamed Hambal
74.   Fakharudin Bin Ahmad Kudin
75.   Azura Dato’ Ahamed Hambal
76.   Mohd. Hazim Bin Mohd. Tahir
77.   Hirwan Dato’ Ahamed Hambal
78.   Norismawati Bt Ismail
79.   Zalida Bt Daud
80.   Amirudin Md Amin
81.   Zulkarnain Bin Daud
82.   Roslina Bt Harun
83.   Zuraini Bt Daud
84.   Md. Ramli Bin Sabran
85.   Zafarul Hisham Bin Daud
86.   Norhayati
87.   Mohd. Zaharudin Bin Daud
88.   Zai Azrizan Bin Daud
89.   Zulfazliza Daud
90.   Mohd. Zafril Bin Daud
91.   Fauziah Bt Abu Bakar
92.   Julia Bt Abu Bakar
93.   Nasri Bin Abd. Razak
94.   Emelia Bt Abu Bakar
95.   Abdul Rahman Bin Hashim
96.   Nora Bt Mohd. Nordin
97.   Hashimah Bt Hashim
98.   Mohd. Anuar Abd. Aziz
99.   Abdul Mutalib Bin Hashim
100.            Sarimah Bt Abd Rahman
101.            Salim Bin Hashim
102.            Kuntom Melati
103.            Mastina Bt Hashim
104.            Yahya Haris Bin Muhamad
105.            Hamdan Hashim
106.            Norasyhzalifah Bt Jaafar
107.            Syuaib Bin Hashim
108.            Ila Zamzila
109.            Sufini Bt Hashim
110.            Ahmad Farid Bin Hashim
111.            Haryati Bt Hashim
112.            Suriani Bt Hashim
113.            Nurhanim Bt Hashim
114.            Ahmad Syukri Bin Hashim
115.            Mohd. Najib Bin Hashim
116.            Norliana Bt Mohd. Ali
117.            Mohd. Khairi
118.            Noremi Bt Mohd. Ali
119.            Mohd. Latiff
120.            Mazwin Bin Zabai
121.            Mohd. Noor Azam
122.            Saiful Ammar Bin Abdul Rahman
123.            Sarah Hanis Bt Abdul Rahman
124.            Nor Syahril Bin Yahya
125.            Nor Diana Bt Yahya

TURUT HADIR:  Beberapa orang cucu yang lainnya di bawah umur 18 tahun yang tidak dapat disenaraikan satu persatu.


1.  UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT

Abdul Rahman Bin Hashim telah mempengerusi mesyuarat penubuhan ini; dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sanak saudara yang sudi melapangkan masa menghadiri ‘Perhimpunan Keluarga Yeop Majlis’ yang julung kali diadakan ini.

Pengerusi berkata lagi, pada mulanya perhimpunan ini hendak diadakan di Kg Teluk Pedayung, Lambor Kanan, namun demikian memandangkan keadaan rumah berkenaan begitu uzur dan tidak mengizinkan ia diadakan di sana, maka perhimpunan kali pertama ini terpaksa diadakan di Kg Air Hitam, Teluk Intan. Kemungkinan perhimpunan yang akan datang boleh diadakan di Lambor Kanan, Insya Allah.

Abdul Rahman Hashim juga menjelaskan bahawa tujuan diadakan perhimpunan ini ialah untuk sama-sama kita merapatkan lagi ikatan kekeluargaan di samping memelihara salasilah keluarga HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang menjadi idola dan mentor kepada anggota keluarga.

Menurutnya lagi, walaupun Haji Yeop Majlis sudah lama meninggalkan kita semua sejak 10 November 1979, namun pemergiannya telah banyak meninggalkan jasa dan baktinya bukan sahaja kepada seisi keluarganya, malah kepada masyarakat terutama dalam perkembangan ilmu agama. Sebagai seorang guru agama yang terkenal di negeri Perak, Allahyarham begitu disanjung oleh anak-anak  muridnya yang berada di serata tempat di negeri ini.

Pengerusi juga menyatakan bahawa perhimpunan hari ini merupakan detik bersejarah kepada anggota keluarga Yeop Majlis yang akan menyaksikan permuafakatan anak beranak bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja Persatuan Keluarga Yeop Majlis (PKYM); sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar di sisi undang-undang.

2.  UCAPAN KETUA PENYELARAS MESYUARAT PENUBUHAN PKYM

Abu Bakar Yeop Majlis merupakan Ketua Penyelaras kepada perhimpunan ini juga bertindak sebagai Pengerusi Penaja PKYM. Beliau mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada semua anggota keluarga yang telah bersusah payah mengorbankan masa yang berharga ini untuk menjayakan perhimpunan keluarga ini. Sebagai tuan rumah, beliau amat terharu kerana perhimpunan ini juga telah menjadi tumpuan di kalangan penduduk tempatan di Kg Baru Air Hitam ini.

Menurut beliau, kampung ini begitu sinonim dengan Allahyarham Ayahanda Yeop Majlis yang begitu dikenali dan dihormati oleh masyarakat. Perhimpunan seumpama ini juga menyaksikan betapa besar dan kukuhnya empayar keluarga Yeop Majlis di sisi masyarakat Kg Baru Air Hitam, Teluk Intan.

Beliau mengharapkan agar perhimpunan seperti ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan. Beliau juga telah menyampaikan pengkisahan panjang tentang perjalanan hidup Allahyarham untuk dijadikan renungan oleh anak cucu dan cicit keluarga Yeop Majlis.

 
3.  UCAPAN PENASIHAT

3.1  Haji Yahya Bin Haji Yeop Majlis

Sebagai penasihat, beliau mengalu-alukan kehadiran anggota keluarga di dalam perhimpunan ini. Beliau mengharapkan penubuhan PKYM  ini akan menjadi kenyataan untuk kebaikan semua anggota keluarga. Seterusnya Haji Yahya mengucapkan syabas kepada anakanda Abdul Rahman Hashim yang bertindak sebagai ‘Penyalaras Urusetia’ yang begitu gigih mengaturkan perhimpunan ini.

Tuan Haji Yahya sebagai anak Yeop Majlis yang tertua yang masih hidup hari ini menyarankan agar semua sanak keluarga dapat memelihara salasilah keluarga Yeop Majlis dan menjadikannya sebagai empayar keluarga yang menjadi ikutan dan teladan untuk generasi yang akan datang. Beliau juga menasihatkan agar semua anggota keluarga menjaga nama baik Allahyarham Yeop Majlis, kerana Allahyarham merupakan tokoh agama yang dihormati di negeri Perak.

Haji Yahya juga telah menyampaikan pengkisahan riwayat hidup Haji Yeop Majlis yang penuh nostalgic. Pengkisahannya amat mengasyikkan.


3.2  Dato’ Haji Ahamed Hambal Bin Haji Yeop Majlis

Sebagai penasihat, Dato’ Ahamed Hambal mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan amat terharu dengan daya usaha yang dilakukan ini sehingga kita dapat dipertemukan di dalam satu perhimpunan besar keluarga.

Menurutnya, perhimpunan seperti ini patut diteruskan di masa akan datang untuk mempereratkan lagi hubungan dan ikatan kekeluargaan. Beliau bimbang, jika tidak ada sebarang usaha untuk mempertemukan sanak saudara seperti hari ini, akan wujud jurang pemisah sehingga mereka tidak mengenali diantara satu sama lain, terutamanya di peringkat cucu-cucu dan juga cicit-cicit Yeop Majlis.

Beliau amat mengalu-alukan dengan hasrat penubuhan Persatuan Keluarga Yeop Majlis (PKYM) kerana menurutnya persatuan seumpama ini akan menjadi paying kepada empayar keluarga kita semua. Banyak perkara yang boleh kita lakukan jika persatuan ini menjadi kenyataan kelak.

4.  USUL PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA YEOP MAJLIS (PKYM)

Setelah mendengar amanat dan juga ucapan-ucapan yang turut disampaikan oleh tokoh-tokoh keluarga Yeop Majlis seperti Dr. Burhanuddin Yeop Majlis, Salihun Yeop Majlis, Jamil Yeop Majlis dan Naharudin Abd. Rashid, maka perhimpunan pada hari ini telah bersetuju sebulat suiara untuk menubuhkan sebuah ‘Persatuan Keluarga Yeop Majlis (PKYM)’, dimana keanggotaannya meliputi semua anggota keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.


5.  PEMBENTUKAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA

Perhimpunan ini juga bersetuju sebulat suara membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan persatuan ini sebagai sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang.

Berikut ini adalah susunan Ahli Jawatankuasa Penaja yang dipersetujui:-

YANG DIPERTUA
Tuan Haji Abu Bakar Yeop Majlis

NAIB YANG DIPERTUA
Profesor Dr. Burhanuddin Yeop Majlis

SETIAUSAHA
Abdul Rahman Bin Hashim

PEN. SETIAUSAHA
Salihun Yeop Majlis

BENDAHARI
Hisham Dato’ Ahamed Hambal

AHLI JAWATANKUASA
Mohd. Jamil Yeop Majlis
Ismail Mohd. Nasir
Naharudin Abdul Rashid
Zaliha Mohd. Nasir
Hashimah Hashim
Amir yahya
Ruhaiza Mohd. Sapian.


6.  PERLANTIKAN PENASIHAT

Perhimpunan hari ini juga bersetuju melantik dua orang penasihat iaitu:-

·         Haji Yahya Yeop Majlis
·         Dato’ Ahamed Hambal Yeop Majlis


7.  MELULUSKAN UNDANG-UNDANG PKYM

Pengerusi telah membentangkan deraf undang-undang bagi Persatuan Keluarga Yeop Majlis yang mengandungi 17 fasal-fasal yang berkaitan.


8.  HAL-HAL LAIN

8.1  Projek Inapan Desa (Home stay) dan Galeri Yeop Majlis

Salihun Yeop Majlis mencadangkan supaya lokasi rumah peninggalan Yeop Majlis di Kg Teluk Pedayung dijadikan projek homestay dimana kerja-kerja baik pulih akan melibatkan struktur rumah asal yang juga dicadangkan sebagai ‘Galeri Yeop Majlis’. Sementara itu halaman rumah akan dihiasi dengan lanskap yang menarik, di samping menaikkan taraf ‘madrasah’ yang berhampiran dengan rumah. Begitu juga Salihun mencadangkan supaya dibina ‘chalet’ di bahagian tebing sungai Perak untuk dijadikan penempatan kepada pengunjung yang berminat dengan aktiviti rekreasi dan memancing.

8.2  Dana Khas

Lanjutan daripada cadangan Salihun itu maka perhimpunan juga bersetuju untuk memberikan mandate kepada Jawatankuasa Penaja untuk mengumpul danma khas bagi merealisasikan projek Galeri dan Homestay tersebut.

8.3  Bantuan Kebajikan

Perhimpunan juga bersetuju memperakukan betapa perlunya bantuan kebajikan disalurkan kepada anggota keluarga yang memerlukan bantuan terutama dalam hal pendidikan, walimatul urus, kematian dan sebagainya. Jawatankuasa Penaja diberikan mandate untuk memperhalusi perkara-perkara yang berbangkit itu.

8.4  Maklumat@Salasilah Keluarga

Urusetia akan mengedarkan boring maklumat keluarga untuk dijadikan bahan rujukan dan direkoskan. Perkara ini penting untuk mengemaskinikan susur galur salasilah keluarga Yeop Majlis.

8.5  Buletin Majlis

Perhimpunan ini juga bersetuju supaya PKYM menerbitkan ‘Buletin Majlis’ sebagai bahan berita untuk tatapan semua anggota keluarga.

8.6  Laman Sesawang Yeop Majlis

Perhimpunan ini juga bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan Laman Web atau yang seumpamanya yang bertujuan untuk memperluaskan lagi skop maklumat semasa keluarga selari dengan perkembangan dunia IT masa kini.

9.  PENANGGUHAN

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dengan bacaan doa selamat. Ssi bergambar turut diadakan selepas jamuan makan tengahari.

   
Pencatat Minit:
Hashimah Bt Hashim/Ruhaiza Mohd. Sapian.

Saturday, December 4, 2010

MAT SAMAN@MOHD. SULTI, CUCU SULUNG YEOP MAJLIS MENINGGAL DUNIA

Oleh Abdul Rahman Hashim (Emel: rumpunmajlis@gmail.com)

Allahyarham Mat Saman@Mohd. Sulti Bin Abd. Rashid
ALFATEHAH.....Seluruh warga Yeop Majlis mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Mohd. Sulti yang lebih dikenali sebagai Mat Saman yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 1 Disember 2010 @ 11.15 malam. Allahyarham lama berada di hospital kerana mengalami komplikasi paru-parunya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isteri dan anak-anak termasuk adik-adiknya (kecuali Zubir yang berada di kampung).

Allahyarham Mat Saman, 63 merupakan cucu yang tertua di kalangan 115 orang cucu Yeop Majlis dan juga anak sulung kepada Zainon Haji Yeop Majlis. Mat Saman meninggalkan seorang balu, Sabariah dan mempunyai dua orang anak, Suhaimi dan juga Suhaida serta lima orang cucunya.

Seluruh warga Yeop Majlis juga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Amin!

Mat Saman (Berdiri paling kanan)
Mat Saman (Kanan) & Zubir, adiknya.

 Petikan dari FB Naharudin, adiknya:

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara
Lepas Maghrib (di Rawang) dapat telefon dari Syuhada kata abahnya tengah nazak. Semua kami adik-beradik (kecuali Ube, di kampung) dgn Kak Nyah dan anaknya Shuhada mengadap dia. Pandang sudah jauh/ satu/sehala. Keme talqinkan syahadah "... A...syhaduallaailaahaillallaah ... Laailaahaillallaah ... Allaah" ... ada isyarat dia memahami/ikut.

Tengah keme bacakan Yasin utk kali ke tiga (yang lain-lain entah kali ke berapa, tak tahulah) - pada ayat salaamunqaulammirrabbirrahiim benyah tarik sekali nafas lemah, berselang, tarik lemah dan tarik kali ke dua terus berhenti - Pukul 11.15mlm; benyah pergi dengan tenang (setelah keluar masuk hospital hampir 5 tahun - sakit agak teruk dalam dua tahun terakhir. Tiga hari sebelumnya dia beritahu Kak Nyah dia akan tidak ada lagi, lagi tiga hari (semalamlah)



Wednesday, December 1, 2010

INSIDEN TIDUR DALAM AIR

Oleh Abdul Rahman Hashim (Emel: rumpunmajlis@gmail.com)

Himpunan Keluarga Yeop Majlis pada 24 Februari 2002
Keratan Akhbar Utusan Malaysia yang membuat liputan berita
Rupa-rupanya peristiwa Yeop Majlis tertidur di dalam perahu yang ditenggelami air bersama buah-buahan yang dijajanya telah menjadikannya suatu iltizam untuk mengejar cita-cita menjadi seorang Guru Agama. Ini diceritakan sendiri oleh anakandanya Mohd. Jamil Majlis semasa diadakan Perhimpunan Keluarga Yeop Majlis pada 24 Februari 2002.

Pengisahan peristiwa ini telah mendapat perhatian oleh Majalah Anis keluaran April 2002. Berikut ini adalah petikan dari Majalah Anis keluaran April 2002 berkaitan dengan Perhimpunan Keluarga Yeop Majlis itu.

INSIDEN TIDUR DALAM AIR

Kisah silam mencuit hati mengenai tokoh guru agama Perak, Allahyarham Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohid adalah antara aturcara yang menarik perhatian ahli-ahli keluarga yang hadir dalam Perhimpunan Keluarga Yeop Majlis di Dewan Peladang Kg. Baru Air Hitam, Teluk Intan, Perak pada 24 Februari 2002.
 
Dua puluh tiga tahun selepas Allahyarham kembali ke rahmatullah, lebih 480 ahli keluarga daripada 18 orang anak beliau dibawa mengenang kembali kisah hidup beliau. Pengkisahan ringkas itu antara lain meriwayatkan titik penentu (turning point) pertukaran profesyen Allahyarham Haji Yeop Majlis daripada seorang penjaja buah-buahan kepada seorang guru agama yang disegani.
 
Pengkisahan ringkas itu disampaikan oleh Mohd Jamil Yeop Majlis, anak daripada isteri ketiga Allahyarham. Kisahnya lebih kurang begini.
 
Yeop Majlis semasa usia remajanya menjaja buah-buahan. Dia sering hilir mudik Sungai Perak dengan perahu buah-buahannya. Satu ketika dia berehat sambil tidur di dalam perahunya yang ditambat dengan tali sewaktu air surut.

Apabila air pasang, tali tambatan yang pendek itu telah menyebabkan perahu senget lalu dimasuki air dan ditenggelami air. Sedar-sedar, dia bersama perahu dan buah-buahan jajaannya sudah berada di dalam air. Ekoran kejadian ‘tidur’ dalam air itu, Yeop Majlis kehabisan modal untuk meneruskan jajaannya. Dia mengambil keputusan untuk merantau. 

Perantauannya hanya di sekitar negeri Perak tetapi boleh dianggap agak jauh juga mengikut ukuran perjalanan waktu itu. Kepada ibunya dia berpesan, dia tak akan pulang sebelum dapat dua perkara—dapat kuasai ilmu dan dapat isteri.
 
Dalam perantauannya, dia menuntut ilmu di Pondok Malim Nawar dan di Teluk Intan. Beberapa tahun kemudian dia pulang ke pangkuan keluarga bersama ilmu yang penuh di dada dan tidak lama selepas itu memperolehi isteri daripada orang sekampung, Allahyarham Che’ Mi binti Abdul Rahman.
 
Beliau muncul sebagai guru agama yang disegani bukan saja di kampung asalnya di Kg. Teluk Pedayung, Lambor Kanan dalam daerah Parit dan di kampung isteri keduanya di daerah Teluk Intan, tetapi juga di seluruh Perak.
 
Madrasah peninggalan beliau masih terdapat di pekarangan kediamannya di Kg. Teluk Pedayung di pinggir Sungai Perak dan menunggu masa untuk dihidupkan semula. Di kampung itu juga terbentang sebatang jalan kecil yang mengabadikan nama Hj. Yeop Majlis.
 
Usaha menghimpunkan ahli-ahli keluarga Allahyarham daripada tiga orang isterinya pada hari kedua sambutan Aidiladha tahun 2002 itu dibuat oleh satu Jawatankuasa Penyelaras yang diketuai anak daripada isteri keduanya, Abu Bakar Hj. Yeop Majlis.
 
“Ikatan keluarga besar ini seharusnya dipertemukan untuk merapatkan lagi silaturrahim. Jika usaha ini tidak dirintis bersama sudah pasti wujudnya jurang yang memungkinkan antara satu sama lain tidak
mengenali lebih dekat terutamanya di kalangan generasi cucu dan cicit Yeop Majlis,” ujar En. Abu Bakar.
 
Perhimpunan keluarga itu memberi peluang kepada setiap ahli keluarga untuk sama-sama bertakbir hari raya, membaca tahlil, membaca doa selamat dan menjamu selera dalam suasana kekeluargaan. Satu-satunya isteri Allahyarham yang masih hidup, Hajah Habsah binti Tain, 71, turut hadir bersama-sama 14 orang anak Allahyarham, 104 cucu dan puluhan cicit, serta keluarga masing-masing yang jumlah keseluruhannya 482 orang.
 
Sempena perhimpunan keluarga itu, satu Jawatankuasa Penaja telah dibentuk bagi menubuhkan Ikatan Keluarga Yeop Majlis untuk menjalankan aktiviti mempererat jalinan keluarga besar itu. Antaranya menghimpun maklumat salasilah keluarga, menerbitkan direktori keluarga, menerbitkan buletin keluarga, mengadakan hari keluarga dan membina laman web keluarga Yeop Majlis. – Berita: Zakaria Sungib/Foto: Koleksi keluarga Yeop Majlis

Petikan dari majalah Anis, April 2002

HAJAH HABSAH TAIN BALU YEOP MAJLIS


Oleh Abdul Rahman Hashim (Emel: rumpunmajlis@gmail.com)


Hajah Habsah binti Haji Tain (Foto kiri) merupakan satu-satunya isteri Yeop Majlis yang masih hidup. Sebagai isteri yang ketiga, Habsah Tain, 84 kini tinggal di rumah anak sulungnya Asma Yeop Majlis di Lembah Keramat dekat Hulu Klang, Selangor. Beliau kelihatan begitu uzur masa kini, dan seluruh warga Yeop Majlis mendoakan kesejahteraannya serta mengharapkan semoga Allah memelihara kesihatannya, Amin.

Habsah Tain mempunyai 9 orang anak hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Haji Yeop Majlis. Asma Yeop Majlis anak yang sulung merupakan satu-satunya anak perempuan beliau yang diikuti dengan lapan lagi anak lelakinya iaitu Dato' Dr. Burhanuddin, Abdul Rahim, Salihun, Mohd. Jamil, Jamaluddin, Jalaluddin, Abdul Jalil dan Khalili.

Daripada sembilan orang anak-anaknya itu Habsah kini mempunyai 50 orang cucu (3 daripadanya meninggal dunia). Di kalangan anak-anak tirinya daripada isteri pertama dan kedua Yeop Majlis, mereka lebih mesra memanggil Habsah sebagai 'Mak Su', manakala cucu-cucunya daripada isteri pertama dan isteri kedua Yeop Majlis rata-rata memanggilnya sebagai 'Opah Su'. Kesemua cucu-cucu Yeop Majlis amat menyayangi Opah Su, kerana beliaulah satu-satunya Opah yang masih ada setelah kematian Opah Mi dan Opah Cik.

(Foto Kanan - Habsah (duduk di kanan) bersama Yeop Majlis. Kelihatan juga Shamsiah, isteri kedua Yeop majlis (Duduk di kiri)

Hajah Habsah Binti Haji Tain juga merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik.Abang sulungnya bernama Haji Muntaha (Arwah), diikuti abang keduanya Nordin@Kasan. Di bawahnya yang keempat sehingga ke sembilan terdiri daripada Haji Sulaiman, Ustadz Ismail, Hajah Mariam, Alias, Masyitah dan Ahmad Sharkawi.

Kepada anak-anak dan para cucu dan cicitnya, marilah kita mendoakan kesejahteraan bonda/Opah Habsah. Jika kita mempunyai kelapangan masa, eloklah juga kita menziarahinya di rumah 'Asma Yeop Majlis' di Lembah Keramat, Hulu Klang, Selangor. Beliau kelihatannya terlalu uzur dengan sakit tuanya. Mudah-mudahan kehadiran kita semua dapat menggembirakan hatinya.

WAJAH-WAJAH BONDA/NENDA HABSAH

 Arbaayah Yeop Majlis di sisi bonda Habsah

Habsah (Kiri sekali) bersama anakanda Burhanuddin Yeop Majlis
Salihun sedang mengurut bondanya Habsah.
Mohd. Ali Yeop Majlis juga memberikan urutan terhadap bonda Habsah


Habsah kelihatan uzur sekali.
Salihun dan isterinya Nora di sisi bonda Habsah

Tekenang-kenang.... belum sempat ziarah Pah Su

Oleh Naharudin Rashid (dari blog http://dinbatubara.blogspot.com)

Di depan tangge ghomah dapo itu dulu ade jalan ke daghat lalu depan ghomah Tok Sidang Pak Mat Ghozali, teghuih depan ghomah opan Limah. Depan tangge itu, le - belah kanan jalan ialah pokok nangke; belah kighinye telage. 

Bawah pokok nangke itu le, keme belage peghut dengan pak Han lepeh makan tengahaghi. Opah Su pekik daghi muke pintu dapo tu : " Hei !! pecah peghut tu kaghang." Pak Han dengan keme ketawe tekek kekek. Wan kecik tu gaghang betui. Entah ape salahnye, tak tau keme; si Aman tu di pukuinye. 

Si Aman teghoyak. Aman tu kalau udah teghoyak; teghuk mujuknye. Pah Su jeghit; "jangan kome pukui cucu aku !!" Dan Pak Han laghikan Aman ke jalan hale kulu depan ghomah Layak. Keme tak ponah ghase Pah Su opah lain. Itulah opah keme. Doa untuk Pah Su.

... Belum sempat pergi ziarah Opah Su.  Badan tidfak sihat.  Lepas sembahyang Sunat Eidul Adhha makan ubat, tidur, bangun sembahyang zohor, tidur lagi sampai asar.  Malam ziarah Abang Yang di Selayang.