Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Saturday, December 4, 2010

MAT SAMAN@MOHD. SULTI, CUCU SULUNG YEOP MAJLIS MENINGGAL DUNIA

Oleh Abdul Rahman Hashim (Emel: rumpunmajlis@gmail.com)

Allahyarham Mat Saman@Mohd. Sulti Bin Abd. Rashid
ALFATEHAH.....Seluruh warga Yeop Majlis mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Mohd. Sulti yang lebih dikenali sebagai Mat Saman yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 1 Disember 2010 @ 11.15 malam. Allahyarham lama berada di hospital kerana mengalami komplikasi paru-parunya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isteri dan anak-anak termasuk adik-adiknya (kecuali Zubir yang berada di kampung).

Allahyarham Mat Saman, 63 merupakan cucu yang tertua di kalangan 115 orang cucu Yeop Majlis dan juga anak sulung kepada Zainon Haji Yeop Majlis. Mat Saman meninggalkan seorang balu, Sabariah dan mempunyai dua orang anak, Suhaimi dan juga Suhaida serta lima orang cucunya.

Seluruh warga Yeop Majlis juga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Amin!

Mat Saman (Berdiri paling kanan)
Mat Saman (Kanan) & Zubir, adiknya.

 Petikan dari FB Naharudin, adiknya:

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara
Lepas Maghrib (di Rawang) dapat telefon dari Syuhada kata abahnya tengah nazak. Semua kami adik-beradik (kecuali Ube, di kampung) dgn Kak Nyah dan anaknya Shuhada mengadap dia. Pandang sudah jauh/ satu/sehala. Keme talqinkan syahadah "... A...syhaduallaailaahaillallaah ... Laailaahaillallaah ... Allaah" ... ada isyarat dia memahami/ikut.

Tengah keme bacakan Yasin utk kali ke tiga (yang lain-lain entah kali ke berapa, tak tahulah) - pada ayat salaamunqaulammirrabbirrahiim benyah tarik sekali nafas lemah, berselang, tarik lemah dan tarik kali ke dua terus berhenti - Pukul 11.15mlm; benyah pergi dengan tenang (setelah keluar masuk hospital hampir 5 tahun - sakit agak teruk dalam dua tahun terakhir. Tiga hari sebelumnya dia beritahu Kak Nyah dia akan tidak ada lagi, lagi tiga hari (semalamlah)



No comments:

Post a Comment