Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Wednesday, December 1, 2010

HAJAH HABSAH TAIN BALU YEOP MAJLIS


Oleh Abdul Rahman Hashim (Emel: rumpunmajlis@gmail.com)


Hajah Habsah binti Haji Tain (Foto kiri) merupakan satu-satunya isteri Yeop Majlis yang masih hidup. Sebagai isteri yang ketiga, Habsah Tain, 84 kini tinggal di rumah anak sulungnya Asma Yeop Majlis di Lembah Keramat dekat Hulu Klang, Selangor. Beliau kelihatan begitu uzur masa kini, dan seluruh warga Yeop Majlis mendoakan kesejahteraannya serta mengharapkan semoga Allah memelihara kesihatannya, Amin.

Habsah Tain mempunyai 9 orang anak hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Haji Yeop Majlis. Asma Yeop Majlis anak yang sulung merupakan satu-satunya anak perempuan beliau yang diikuti dengan lapan lagi anak lelakinya iaitu Dato' Dr. Burhanuddin, Abdul Rahim, Salihun, Mohd. Jamil, Jamaluddin, Jalaluddin, Abdul Jalil dan Khalili.

Daripada sembilan orang anak-anaknya itu Habsah kini mempunyai 50 orang cucu (3 daripadanya meninggal dunia). Di kalangan anak-anak tirinya daripada isteri pertama dan kedua Yeop Majlis, mereka lebih mesra memanggil Habsah sebagai 'Mak Su', manakala cucu-cucunya daripada isteri pertama dan isteri kedua Yeop Majlis rata-rata memanggilnya sebagai 'Opah Su'. Kesemua cucu-cucu Yeop Majlis amat menyayangi Opah Su, kerana beliaulah satu-satunya Opah yang masih ada setelah kematian Opah Mi dan Opah Cik.

(Foto Kanan - Habsah (duduk di kanan) bersama Yeop Majlis. Kelihatan juga Shamsiah, isteri kedua Yeop majlis (Duduk di kiri)

Hajah Habsah Binti Haji Tain juga merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik.Abang sulungnya bernama Haji Muntaha (Arwah), diikuti abang keduanya Nordin@Kasan. Di bawahnya yang keempat sehingga ke sembilan terdiri daripada Haji Sulaiman, Ustadz Ismail, Hajah Mariam, Alias, Masyitah dan Ahmad Sharkawi.

Kepada anak-anak dan para cucu dan cicitnya, marilah kita mendoakan kesejahteraan bonda/Opah Habsah. Jika kita mempunyai kelapangan masa, eloklah juga kita menziarahinya di rumah 'Asma Yeop Majlis' di Lembah Keramat, Hulu Klang, Selangor. Beliau kelihatannya terlalu uzur dengan sakit tuanya. Mudah-mudahan kehadiran kita semua dapat menggembirakan hatinya.

WAJAH-WAJAH BONDA/NENDA HABSAH

 Arbaayah Yeop Majlis di sisi bonda Habsah

Habsah (Kiri sekali) bersama anakanda Burhanuddin Yeop Majlis
Salihun sedang mengurut bondanya Habsah.
Mohd. Ali Yeop Majlis juga memberikan urutan terhadap bonda Habsah


Habsah kelihatan uzur sekali.
Salihun dan isterinya Nora di sisi bonda Habsah

Tekenang-kenang.... belum sempat ziarah Pah Su

Oleh Naharudin Rashid (dari blog http://dinbatubara.blogspot.com)

Di depan tangge ghomah dapo itu dulu ade jalan ke daghat lalu depan ghomah Tok Sidang Pak Mat Ghozali, teghuih depan ghomah opan Limah. Depan tangge itu, le - belah kanan jalan ialah pokok nangke; belah kighinye telage. 

Bawah pokok nangke itu le, keme belage peghut dengan pak Han lepeh makan tengahaghi. Opah Su pekik daghi muke pintu dapo tu : " Hei !! pecah peghut tu kaghang." Pak Han dengan keme ketawe tekek kekek. Wan kecik tu gaghang betui. Entah ape salahnye, tak tau keme; si Aman tu di pukuinye. 

Si Aman teghoyak. Aman tu kalau udah teghoyak; teghuk mujuknye. Pah Su jeghit; "jangan kome pukui cucu aku !!" Dan Pak Han laghikan Aman ke jalan hale kulu depan ghomah Layak. Keme tak ponah ghase Pah Su opah lain. Itulah opah keme. Doa untuk Pah Su.

... Belum sempat pergi ziarah Opah Su.  Badan tidfak sihat.  Lepas sembahyang Sunat Eidul Adhha makan ubat, tidur, bangun sembahyang zohor, tidur lagi sampai asar.  Malam ziarah Abang Yang di Selayang. 

2 comments:

  1. Sayu skali melihat keadaan opah su..
    Hanye dia yg kita pgl opah buat mase ini..
    Ya Allah Ya Tuhan Ku, Jika kesihatan masih lagi milik opah ku itu, kembalikanlah semula kepadanya.. Dan jika ia mmg sudah tertulis takdir mu, aku berharap teguhkanlah imannya supaya ia sentiase mengingatimu disaat masih ada hayatnya sedang ia menanti malaikatmu mengambil nyawanya..Amin Ya Robbal A'lamin...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete