ALFATIHAH.......hari ini 10 November 2011, genap 32 tahun Allahyarham Yeop Majlis kembali ke rahmatullah. Allahyarham telah pergi meninggalkan isteri-isteri, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya pada tanggal 10 November 1979 ketika berusia 78 tahun.
Kepergiannya merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada setiap insan yang pernah menimba ilmu dan memanfaatkan ilmu yang ditinggalkan selama kembara beliau ke ceruk pelusuk masjid, surau dan juga madrasah di seluruh negeri Perak pada masa hayatnya.
Jenazah ulamak terkemuka ini telah disemadikan buat selama-lamanya di tanah perkuburan Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak. Kepada sanak saudara sekelian, marilah kita sedekahkannya dengan ummul kitab Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa mendapat rahmat Allah azza wajalla.
Al-Fatihah...
ReplyDeletePemergiannya sudah cukup lama, namun seakan baru semalam dia mengusap ubun2ku. Katanya, ha... mujor ada 2 org cucu tine ni yg ghajin ke sini. kalau tidak, semua jantan ngadap idang. (dia mengatakan am dgn yah). kak ramah sikit, tapi am byk diam, senyum je usikan tok.
Teringat juga...di Lambor dia sering membawa pulang kuih cakoi sebagai sajian petang utk anak2 & cucunya.
ReplyDeleteMalam pemergiannya saya dan Yah sedang study di berandah kerana esoknya mula periksa SPM.. Esok pepagi pergi juga ke sekolah SMDARY dan balik tengahari dah penuh kereta parking sepanjang jalan dari sekolah betina dan sepanjang jalan bendang dari jalan beso ke baroh... Sempat jugalah menyaksikan pengkebumian jenazah pada sebelah petangnya..
ReplyDelete"...balik tengahari dah penuh kereta parking sepanjang jalan dari sekolah betina dan sepanjang jalan bendang dari jalan beso ke baroh..." Demikianlah; kata orang hidup mesti memberi kesan, supaya bila mati orang perasan - Bahawa almarhum Tok telah melaksanakan missi hidupnya/urusan Tuhannya.
ReplyDelete