Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Tuesday, April 14, 2020

ALMARHUMAH OPAH CHE' ME BT ABDUL RAHMAN

Oleh: Yeop Abdul Rahman

Almarhumah Che' Me bt Abdul Rahman
Berikut ini adalah petikan daripada komentar Naharudin bin Zainon bt Hj Yeop Majlis di dlm FB berkaitan dengan Opah Che Me bt Abdul Rahman  (Seperti Gambar), iaitu isteri pertama Hj Yeop Majlis bin Pandak Mohid.


Opah Me bt. Abdul Rahman. Tokoh anak oghang kaya-kaya ni. Peghatikan anting-anting di telinga, kalong dan agok yang terjuntai di lehir (hampir sebesar jari kelingking). Itu bukan barangan zulian tuh. Emas tulin. Kain selendang yang menyelimut bahu dari kain benang halus (sutera ?). Sayang kerana gambar hitam putih. Khabar nya deme ni ghetu oghang istana. Arwah Pandak Mohit (bapa almarhum Hj Yeop Majlis) meminangnya untuk Yeop Majlis di 'istana'. Datuk cik Me ni ghetu ada membela gajah (pasti untuk kegunaan istana) dan memiliki hamba yang bernama Pungut. Arwah encik ~ emak kami (Zainon bt Hj Yeop Majlis) pernah beritahu; masa deme duduk-duduk di muka pintu Pungut menyikatkan rambutnya dan menyibak-nyibak rambut mencari kalau ada telur kutu.

Alfatihah (Dengan bacaan).

No comments:

Post a Comment