Assalamualaikum

MENGENALI BLOG INI

My photo
Laman blog ini muncul sebagai galeri maklumat untuk menjadi tatapan seisi keluarga Allahyarham HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHID yang berada di seluruh negara. Allahyarham Yeop Majlis merupakan seorang Mualim/Ulamak yang begitu dikenali terutamanya di negeri Perak. Semasa hayatnya beliau sering dijemput untuk menyampaikan siri pengajian/kuliah di beberapa buah masjid dan juga surau/madrasah di seluruh negeri Perak. Sebagai Guru Agama, Haji Yeop Majlis dihormati bukan sahaja di kampung halamannya di Lambor Kanan (Parit, Perak) malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Perak Darul Ridzwan. Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulup Lokeh Bin Tok Gembira Kulup Karim Bin Imam Anjang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 1979 dalam usia 78 tahun. Allahyarham dikurniakan 29 orang anak hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri. Empayar keluarga Yeop Majlis kini kian membesar dengan pertambahan bilangan cucu dan cicit serta piutnya.

RAKAN SERUMPUN

Wednesday, November 24, 2010

MOYANG HAMIDAH BT UDA JEWA DALAM KENANGAN

Oleh Abdul Rahman Hashim (e-mail - rumpunmajlis@gmail.com)

ALFATEHAH buat Moyang Hamidah Uda Jewa yang telah kembali ke rahmatullah sebulan yang lalu. Semasa saya melayari blog Pak Mai http://jamalmajlis.blogspot.com (Jamaludin Yeop Majlis) tersinggah saya pada postingnya bertarikh 3 Jun 2009 yang memaparkan wajah Moyang Mida yang cukup saya kenali sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja terutama ketika saya berada di kampung. Rumah Moyang Midah bersebelahan sahaja dengan rumah Tok Yeop Majlis di Kg. Teluk Pedayung, Lambor Kanan.

Moyang Midah begitu rapat sekali dengan keluarga Yeop Majlis. Sebagai jiran terdekat beliau sering berkunjung ke rumah Tok Yeop Majlis terutama untuk menjenguk Opah Su. Beliau bukan sahaja berjiran, malah Moyang Midah juga mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dengan keluarga Yeop Majlis dan juga Opah Su Habsah Tain.

Menurut Pak Mai (merujuk perbualan fb), ayahandanya Uda Jewa mempunyai pertalian poersaudaraan dengan Kulup Lokeh, malah saya juga diberitahu oleh bonda Arbaayah, bahawa Uda Jewa adalah sepupu dengan Kulup Lokeh. Sementara itu suami Allahyarhamah Hamidah Uda Jewa namanya Jabarbi (juga telah meninggal dunia lebih awal), beliau ini menurut info daripada Pak Mai ialah tok sedara kepada Opah Su Hjh Habsah Bt Haji Tain

Hamidah Uda Jewa juga merupakan bonda angkat kepada Mohd. Ali Yeop Majlis yang dipanggilnya 'Mak Adah' yang telah menjaganya sewaktu dari kecil lagi setelah kematian isteri pertama Yeop Majlis (Opah Mi).

Allahyarhamah Moyang Midah meninggal dunia dalam usianya yang sudah mencecah lebih 100 tahun. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Enon dan juga Talib. Talib kini seorang anggota polis di Kuala Krai dan masih tinggal di berek polis Kuala Krai, Kelantan. 

Sementara itu Hamidah Uda Jewa juga dikatakan mempunyai ramai adik beradiknya, diantaranya sebagaimana yang dinyatakan oleh Pak Hun ialah Mat Buta yang tinggal di Batu 18 Lambor, dan Ngah Samad di Batu 16 Lambor. Selain dua orang itu ada beberapa orang lagi adik beradiknya yang disebutkan oleh Bonda Arbaayah iaitu Hassan, Yah dan juga Saedah.

Pemergiannya hanya diketahui oleh warga Yeop Majlis menerusi facebook, setelah gambar moyang midah saya paparkan di dalam facebook (Fb -Abdul Rahman Hashim) sejak hari isnin 22 November lalu; di mana salah seorang rakan fb bernama Ridzwan Mohamad Dwan telah memaklumkan bahawa moyang midah telah kembali ke rahmatullah sebulan yang lepas.

Mengimbas kembali kenangan silamnya, moyang midah ini apabila melatah sering menyebut nama 'Kulup Enjah'. Menurut cerita bonda Arbaayah Yeop Majlis, teriakan nama Kulup Enjah ini bermula sewaktu moyang midah berjalan kaki hendak ke pekan, dia tersepak akar kayu lalu dia tertoleh ke belakang melihat ada seorang yang berbadan besar dan tinggi lampai yang juga mengekorinya di belakang, juga hendak menuju ke Pekan Lambor. Nama orang itu ialah KULUP ENJAH, beliau datang dari Teluk Sareh. Apabila terperanjat melihat orang itu, maka dia terus berteriak....Ooo Kulup Enjah..!!

(Di bawah ini dipaparkan juga posting laman blog jamalmajlis.blogspot.com bertarikh 3 Jun 2009 yang menjadi sumber ilham saya untuk memaparkan foto-foto moyang midah)

Ziarah Iyang (Moyang) di Kuala Krai Kelantan

Pada hujung minggu lepas 31 Mei saya membawa emak pergi ke Kelantan bersama rombongan pengantin Azhari bin Zabaei anak Yong (Asma Yeop Majlis) di Kuala Krai. 

Dikesempatan itu pada sebelah malamnya kami dibawa oleh adik saya PJS Cikgu Jalal dari Machang pergi menziarahi Iyang (moyang)yang kebetulan sudah lama tinggal di rumah anaknya Talit di kuarters polis Kuala Krai.

Dulu Iyang tinggal bersebelahan rumah kami di Kg Teluk Pedayung Lambor Kanan Parit Perak. Tetapi telah meninggalkan rumah lama itu sejak 1990 lagi. Nama sebenarnya Hamidah bt Uda Jewa,(kami orang kampung panggil dia Iyang Betina)dan suaminya Allahyarham Jabarbi (kami panggil Iyang Jantan) mempunyai 2 orang anak, pertama kami panggil Opah Enon tinggal di Kuala Kangsar Perak dan seorang lagi Talit tinggal di Kuala Krai Kelantan.
Umurnya dah mencecah 100 tahun sekarang tetapi masih kuat lagi, cuma pendengaran dan penglihatan dah terlalu kurang. Dulu dikampung dia boleh panjat pokok gelugor. Satu-satunya wanita tua yang boleh panjat pokok gelugor sampai ke puncak. Sebab itu badannya sihat sampai sekarang. Kalau tengok kulit mukanya tak nampak macam dah berumur 100 tahun. Betul-betul awet muda. Itulah kelebihan amalan pemakanan sihat yang bersifat alami. Antara pendapatannya dulu ialah menjual asam keping yang ia proses sendiri. Hari-hari menjemur asam gelugur yang dikeping-kepingkan diatas tikar mengkuang didepan rumahnya. Buah gelugur ia petik sendiri dari pokoknya. Panjat dan kait..

Beliau menangis hiba menerima kunjungan kami walaupun jenuh dia nak mengingat siapakah kami. Emak saya pun dia dah tak kenal sedangkan dulu kawan baik dan jiran sebelah rumah di kampung. Bila kami sebut Besah Yeop Majlis barulah dia terkenang dan berlenanglah air matanya dengan penuh hiba. 

Lihat 2 komen dari Jalil Majlis dan Khalili Majlis:

2 comments:

AjymNarnia berkata...
Lama nya tak jumpa Iyang...dah mcm itu rupa yer...nampak dah tuanya.. Dulu pun masa ayai cerite...ayai bagitahu kat iyang yg emak sekarang ni duduk kat rumah yong... bukan main lagi dia anggukkan kepada menandakan faham... lepas tu tetiba je dia menanya... ate... emak kamu kat mana sekarang...hahahah... penat jer ayai cerite... Samalah agaknya macam sekarang ni yek... iyang nangis sebab lama tak jumpa agaknya...tetiba dia tanya... ate...kome ni saper sebenonye.... Tu la dah tua kan... nak buat macamana...
ERMM.....TRAGIS JUGA BILA TGK Iyang...nampak tua sgt...tp mmg dah tua pun..klu umur dah cecah 100..dah tentu la tua... Tp disebabkan kita membesar kat kampong dan boleh dikatakan sentiasa bersama Iyang kat sebelah umah..so kita rasa hubungan kita ngan Iyang begitu rapat..sedih tgk Iyang dah mcm tu...tentu Iyang happy sgt bila mak dtg dan ramai org visit dia... MMg tak dinafikan selepas beberapa ketika dia dah lupa semula siapa yg dtg... aku last jumpa Iyang pun 2 tahun sudah kot...masa tu aku gi umah PO kat Kuala Kangsar..dan masa tu Iyang dok umah Opah Enon dekat ngan umah PO... Dia mmg tak kenal aku..jenoh ngabonya...lama bebeno baghu dia tahu...tp biasa la dia tanya balik..'kamu ni saperrrr'....kabo semula.....lupa balik...

1 comment:

  1. Tribute untuk Moyang Midah

    Moyang Midah (isteri Moyang Jarbi) meninggal dunia bulan lepas di rumah Talit; Kuates Polis Kuala Kerai Kelantan. Baru dapat berita menerusi fb Pak Jamal pagi ini.
    Innalillaahhiwainnailaihirooji'uun.
    Masa aku budak-budak dulu; dalam lingkungan 7 ke 12 taun - pagi raya; Pak Han, Pak Hin, Pak Hon, Pak Min dan aku boleh kata tak pernah mis ke rumah moyang Midah; makan sup. Rumah itu sebelah hulu (sebelah kanan) ke belakang sedikit dari rumah almarhum Tok Haji Yeop Majlis, Teluk Pedayung, Lambor Kanan, Perak. Moyang Midah; aku boleh kata tak pernah lat buat sup tulang.
    Naik tangga rumahnya; menjengah sahaja ke dalam rumah jumpa dua tiga helai tikar mengkuang bertindan - tindih; belum sudah dianyam. Beberapa gulungan tikar sudah siap teranyam tersandar di suatu sudut. Ada juga rangka sangai (tudung saji) yang sudah mula disemat dengan mengkuang. Di dindin tergantung beberapa biji lagi sangai yang sudah siap "Ha; naik le, naik, naik. Duduk" kata moyang Midah - mengerutup mulutnya nyambut kami tiba. Moyang Jerbi duduk di anjung merenung panjang hala ke jalan sambil menyuruh kami makan ... "Makan le kome, makan, makan. Aku ni penat !" katanya sambil batuk-batuk. Dekat tingkap tu ada tergantung beberapa biji botol dan mentol lampu berisi air berwarna merah. Dalam hati terpikir; air apa ? ... air sirap digantung !!
    "Tambah le, lagi. Tambah. Tambah. Ambik senighi dalam poyok. tu" Moyang Midah menggesa kami tambah makan. Beberapa puntung tulang sudah bersisa dalam pinggan. Lepas makan kami pun minta diri. Moyang Midah bagi kami 20 sen, duit raya. "Nah, nah. Ambik duit, ni dulu ! Seronoknya. Kami masing-masing menyorong tangan kanan menyambut pemberian moyang Midah, sambil bahu terangkat sedikit menonyoh bibir yang berminyak hingga ke dagu.
    Hampir 20 tahun tak jumpa moyang Midah. Alfatihah.

    dibatubara

    ReplyDelete