Oleh Abdul Rahman Hashim
|
Panorama Rumah Yeop Majlis dan Madrasah Yeop Majlis di tepian Sungai Perak,
Kg. Teluk Pedayung, Lambor Kanan, Perak. |
|
Beginilah wajah sepi kediaman Yeop Majlis |
Kediaman Yeop Majlis yang terletak di Kampung Teluk Pedayung, Lambor Kanan, Parit, Perak kini kian sepi setelah tidak berpenghuni sejak tahun 1995. Begitu juga dengan bangunan madrasahnya (Madrasah Ehsaniah) yang lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'Madrasah Yeop Majlis' turut menghiris kesepian setelah jemaahnya semakin merajuk meninggalkan kampung halaman.
Segala-galanya telah menjadi nostalgia terutamanya kepada mereka yang pernah bermastautin di sini. Sejak pemergian Allahyarham Yeop Majlis ke rahmatullah pada tanggal 10 November 1979, rumah dan madrasah yang ditinggalkannya tidak sesepi sekarang ini, kerana anak-anaknya yang masih mendiami rumah tersebut telah dapat mengimarahkan pelbagai kegiatan ilmu dan ibadah di madrasah itu.
|
Keadaan tangga di bahagian tengah rumah yang uzur |
Namun begitu lambaian kota bagaikan mencumburui malah lebih berdaya untuk mempengaruhi mereka dan warga sekampung yang lainnya supaya tinggalkan kampung halaman untuk memenuhi tuntutan mata pencarian di kota, maka premis warisan Yeop Majlis semakin berubah ketidak ceriaannya berbanding sebelumnya.
Janganlah diharapkan kepada warga tua yang semakin menghampiri kesenjaannya, malah semakin menghilang setelah kesampaian ajal masing-masing. Rumah Yeop Majlis dan madrasahnya kini tidak lagi berpenghuni, namun begitu 'raut rajuk' wajahnya bagaikan menggamit simpati supaya ada di kalangan pewarisnya yang masih mengingati nostalgia silam sewaktu mereka membesar di sini.
Menjengah semula di lokasi silam ini, bagaikan terhiris hati terkenang nasib yang menimpa kediaman dan madrasah milik seorang mualim Lambor dan juga Guru Agama yang dihormati oleh segenap lapisan masyarakat bukan sahaja sekitar Lambor, malah anak-anak muridnya di seluruh negeri Perak.
|
Remaja Kg Tlk Pedayung di laman madrasah Yeop Majlis |
Khazanah milik Allahyarham Yeop Majlis ini haruslah dipelihara dan dipulihara oleh pewaris-pewarisnya supaya ia dapat diabadikan untuk generasinya di masa akan datang. Tidak wajar rasanya rumah pusaka ini hanya dilawati untuk persinggahan mata memandang sedangkan ia tidak dipedulikan. Bukannya menghalang untuk diziarahi, tetapi cucu/cicit/cucut Allahyarham Yeop Majlis harus diberikan suntikan motivasi supaya mereka dapat mengamati dan menjiwai leluhur kelilmuan datuk dan moyang mereka.
Biarlah kediamannya kelihatan lebih terurus kerana semua warga lambor sedia maklum bahawa Yeop Majlis bukan sahaja mempunyai anak dan cucu cicit yang ramai lagi terdidik, bahkan mungkin ada yang tidak percaya beginikah keadaannya rumah Tok Guru Yeop Majlis? Jika kita berbangga dengan penghormatan yang diberikan oleh masyarakat terhadap Yeop Majlis, maka sewajarnyalah kita mengorak langkah untuk mendorong satu permuafakatan di kalangan sanak saudara supaya singgahsana Yeop Majlis ini dapat diceriakan seadanya.
|
Anak-anak Salihun di dalam rumah Yeop Majlis |
|
Yahya Majlis dan Abd. Rahim Majlis |
|
Keadaan jalan di hadapan rumah menuju sekolah |
|
Pokok pisang di hadapan madrasah tepi sungai Perak |
|
Yahya Yeop Majlis dan cucunya |
|
Madrasah Yeop Majlis |
|
Anak-anak Mohd. Jamil Yeop Majlis |
|
Pandangan dari hadapan madrasah |
|
Halaman madrasah ketika dibersihkan |
|
Rumah dan madrasah Yeop Majlis |
|
Rumah dan madrasah Yeop Majlis |
|
Rumput/lalang yang diracun di depan rumah |
|
Semak samun di depan rumah |
|
Melihat rumah dari bangunan madrasah |
|
Pandangan dari beranda rumah |
|
Keadaan bahagian dapur rumah |
|
Bahagian dapur rumah |
|
Bahagian tepi rumah |
|
Beranda rumah |
|
Pandangan rumah dari madrasah |
|
Pandangan rumah dari madrasah |
|
Keadaan di dalam rumah |
|
Yahya & Rahim |
|
Yahya Yeop Majlis di tangga rumah |
|
Halaman rumah yang ditumbuhi lalang |
|
Halaman rumah dipenuhi semak |
|
Pemandangan tepi tebing Sungai Perak depan rumah |
|
Keluarga Arbaayah Yeop Majlis foto depan rumah |
|
Anak-anak Mohd. Jamil Majlis |
|
Cucu-cucu Yahya Yeop Majlis |
|
Gambar tahun 2000. |
Sekalung tahniah di atas daya usaha ini. Semoga empayar keluarga Yeop Majlis menjadi lebih unggul.
ReplyDeleteSesungguhnya saya kagum dgn iltizam keluarga Yeop Majlis ini....
ReplyDelete